MINGGU 2: MEMBAJA DAN MENYEMAI BENIH

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, pada minggu ke-2 kali ini kami diladang mempelajari cara membaja dan meyemai benih setelah membaik pulih tanah batas umtuk tanaman kami pada minggu lepas.

Sebelum memulakan kerja di ladang, Puan Salina telah mengarahkan semua pelajar berkumpul untuk memberikan sedikit penerangan mengenai tugas yang bakal dilaksanakan.
Pelajar diberikan penerangan mengenai penggunaan baja oleh Puan Salina. Antara baja yang digunakan untuk tanaman sayuran ialah baja organik.

Baja organik E.M

Menurut Puan Salina, baja organik amatlah penting kerana baja organik merupakan baja asli yang terdiri daripada sisa tumbuhan atau najis haiwan yang dapat membantu meningkatkan tahap kesuburan tanah dan seterusnya dapat membaiki tekstur tanah daripada rosak. Apabila batas yang telah diletak baja organik dan terkena hujan, bajanya masih ada di tanah tetapi baja kimia akan larut apabila terkena air hujan dan perlu diletak selalu.

Selepas diberikan penerangan mengenai penggunaan baja, kami diminta untuk menyukat baja organik tersebut dengan sukatan yang telah ditetapkan iaitu 1 bekas yang penuh. Setelah membaja, kami perlu menunggu selama 2 hari. Antara cara yang telah diajar untuk membaja ialah melalui cara taburan sama rata ke atas tanah. Kemudian baja itu perlulah digaul menggunakan cangkul supaya tanah tersebut tidak terdedah. Puan Salina memberitahu kami bahawa kami bahawa sayuran yang akan kami tanam tidak perlu menggunakan tray kerana biji benihnya terlalu kecil dan halus.

Puan Salina menerangkan cara menggunakan tray menyemai benih


Antara sampel biji benih yang ditunjukkan ialah biji benih sayur bayam bulat, bayam merah, park choi, kangkung dan juga sawi.


Contoh benih yang akan diberikan kepada setiap batas
Nisbah biji benih mestilah 1: 10 penutup botol

Puan Salina mengingatkan kami bahawa biji benih mestilah ditabur atau disemai pada waktu pagi dan petang sahaja ini kerana biji benih tidak boleh terdedah kepada matahari takut nanti nutrisinya hilang. 

Menyemai biji benih yang telah dicampur dengan pasir

Jika hendak menyiram biji benih perlulah menggunakan kelajuan air yang sederhana tidak boleh terlalu laju.
Pada hari Jumaat (28 Sept 2108) pukul 5 petang saya bersama rakan saya telah pergi ke ladang untuk menabur biji benih sawi putih dan biji benih bayam.


Selepas menabur bijih benih kami perlu menutup batas kami dengan jaring hitam yang dinamakan kaedah sungkupan untuk mengelakkan sinaran matahari dan air terus terkena tanah. Selepas tutup dengan jaring hitam barulah kami menyiram batas kami.



Ini merupakan hasil batas kami setelah 5 hari disemai



Comments

Popular posts from this blog

MINGGU KE 8: PEMBIAKAN SECARA CANTUMAN (KAEDAH CANTUMAN BAJI)

MINGGU 7 : KAEDAH PEMBIAKAN TUT

PROSES FISIOLOGI TUMBUHAN