MINGGU 7 : KAEDAH PEMBIAKAN TUT

MAKSUD KAEDAH PEMBIAKAN TUT

* Salah satu daripada kaedah pembiakan tampang di mana sebahagian daripada bahagian tumbuhan itu digunakan sebagai asa untuk pembiakan.

ALATAN PEMBIAKAN TUT



PISAU LIPAT



SCATTEURS


PLASTIK

TALI RAFIA





HORMON PENGAKARAN /SARADIX


@

MEDIA TANAMAN TANAH @ JIFFY



KAEDAH PEMBIAKAN TUT
  1.  Sediakan media tanaman , jika menggunakan tanah perkadaran tanah dengan baja organik adala 1:1
  2.  Kepalkan tanah dalam bentuk bulatan sebesar genggaman ibu jari.
  3. Lakukan  pemilihan dahan yang sihat.
  4. Buatkan dua kelaran keliling .kelaran pertama dibuat dibawah mata tunas dan kelaran kedua dibuat kira -kira 3 cm dari kelaran pertama.
5.Kulit pokok diantara dua kelaran dikuous dan kikis bahagian tersebut untuk membuang     kambium.
        6..Hormon penggalak akar disapu di bahagian kelaran yang pertama.
        7.Ikatkan kelaran plastik dibahagia kelaran yang kedua.
         8.Isikan medium tanah yang telah dikepal atau jiffy kedalam plastik tersebut.
9. Pastikan medium tersebut dikenakan pada bahagian kelaran dengan padat dan melekat dengan baik.
10. Bungkus kepalan tanah dengan mengikat pada bahagian atas kelaran pertama. pastikan kedua -dua hujung bungkusan diikat dengan ketat dan kemas. untuk mengelakkan air dan juga semut dari masuk ke dalam bungkusan plastik tersebut.
11.selepas 2-3 bulan , tut ini akan mengeluarkan akar dan boelh dipotong bahagian bawah.
         12.pembungkus plastik dibuang dan ditanam didalam pasu.
         13.akhir sekali pokok yang baru ditanam diletakkan dibawah lindungan.


KELEBIHAN PEMBIAKAN TUT.
  • Ciri pokok induk diwarisi.
  • Tanaman baru cepat matang.
KELEMAHAN PEMBIAKAN TUT.
  • Tanaman mudah tumbang kerana tiada akar tunjang.
  • Perlu kemahiran membuat tut.
  • tidak boleh membiak dengan kuantiti banyak pada pokok induk.















Comments

Popular posts from this blog

MINGGU KE 8: PEMBIAKAN SECARA CANTUMAN (KAEDAH CANTUMAN BAJI)

PROSES FISIOLOGI TUMBUHAN