MINGGU 3 : UJIKAJI TERHADAP TANAH
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, sudah masuk minggu ke-3 dalam subjek pembiakan dan pengurusan tanaman. Dari minggu pertama dan kedua kami di ladang mempelajari cara membaik pulih tanah, membaja dan menyemai benih. Fokus pada minggu ini kami memasuki makmal untuk mengkaji tanah kami untuk mengehtahui peratus kesesuaiaan tanah untuk benih kami.
Sebelum memulakan kelas kami dimakmal dan bereksperimen, kami diberi taklimat terlebih dahulu tentang susun atur barang atau radas di makmal dan peraturan di makmal.
Pemakaian yang sepatutnya di makmal perli memakai baju lab (putih) atau apron untuk mengelakkan baju kotor dan terkena bahan kimia.
Kebanyakkan peralatan atau radas di makmal adalah kaca, maka perlu menggunakan dengan berhati-hati.
Tanpa membuang masa, tiga eksperimen dijalankan bagi mengkaji jenis tanah kami.
Kami memulakan eksperimen kami dengan menetukan tekstur tanah melalui cara mendapan. Hal ini kerana eksperimen ini memerlukan masa yang panjang untuk mengetahui keputusannya.
EKSPERIMEN 1: MENENTUKAN TEKSTUR TANAH MELALUI CARA MENDAPAN
Bahan
dan alatan: Sampel
tanah dan balang gas
Langkah-langkah:
1. Hancurkan
tanah menjadi halus.
2. 40 g
hingga 50 g tanah dimasukkan ke dalam balang gas.
3. Isikan
air ke dalam balang gas sehingga tiga perempat penuh.
4. Mulut
balang gas ditutup dengan penutup dan goncangkan campuran perlahan-lahan
sehingga kumin tanah terpisah.
5. Balang
gas diletakkan di atas meja selama beberapa jam tanpa gangguan.
6. Ketinggian
diukur unutk setiap pisahan tanah yang mendap. Catatkan dalam jadual.
7. Hitungkan
peratusan pisahan tanah.
8. Tentukan
kelas tekstur tanah dengan menggunakan segi tiga tekstur tanah Sistem
Atterberg.
Hasil mendapan tanah selepas 2 jam |
Kami mendapati ketinggian keseluruhan pisahan adalah 2.7 cm. Kami mengira peratus pisahan untuk pasir, kelodak, dan tanah liat.
Keputusan :
Pisahan
|
Ketinggian (cm)
|
Peratus (%)
|
Berpasir
|
1.7
|
63 %
|
Kelodak
|
0.5
|
19 %
|
Tanah liat
|
0.5
|
19 %
|
Peratus pisahan dikira seperti
berikut:
Peratus pisahan = Ketinggian lapisan pisahan (cm)
__________________________ x 100
Ketinggian semua lapisan (cm)
Kesimpulannya, kaedah ini tepat daripada
kaedah medan kerana kita dapat menilai sendiri dengan peratus pisahan yang akan
diperoleh. Ini menunjukkan keputusan yang lebih tepat. Ralat-ralat yang mungkin
wujud adalah kesuntukkan masa melakukan eksperimen ini. Hal ini kerana
eksperimen ini memerlukan tempoh masa 24 jam untuk mendapatkan keputusan yang
lebih tepat. Kami hanya memperuntukkan hanya lebih kurang 2 jam untuk
mendapatkan hasil eksperimen ini.
EKSPERIMEN 2: MENENTUKAN TEKSTUR TANAH MELALUI CARA MEDAN
Bahan dan alatan: Sampel tanah dan air
Langkah – langkah:
- Sampel
tanah diambil lebih kurang 20 g atau secukupnya untuk membentuk bebola
tanah dengan diameter 2- 3 cm
- sampel
dilembapkan dengan sedikit air sehingga dapat dibentuk dapat dibentuk.
- Tanah
dibentuk menjadi bentul bebola, reben, rod atau gelang.
Pemerhatian:
- Bebola dapat dibentuk (pasir berloam)
- Rod dapat dibentuk (tanah loam)
- Rod membentuk U dapat membentuk gelang (loam tanah liat)
- Gelang yang retak-retak(tanah liat berpasir)
- Gelang dapat dibentuk(tanah liat)
Melalui pemerhatian ini, kami mendapati tekstur tanah lembut, sedikit berpasir, dan tanah berwarna coklat gealp iaitu menunjukkan tanah yang kami perolehi mempunyai ciri-ciri tanah loam yang baik. tanah ini angat sesuai untuk penanaman kami.
Kesimpulanya, cara ini dapat menentukan tesktur tanah yang tepat hanya dengan sampel tanah dan air.
Hasil penilaian kaedah ini tepat untuk menentukan tekstur tanah melalui
cara medan.
EKSPERIMEN 3: MEMBANDINGKAN KADAR PENGALIRAN AIR MENERUSI TANAH
Eksperimen ini dijalankan untuk membandingkan kadar pengaliran air menerusi tanah daripada 15 kumpulan.
Hypothesis:
Semakin banyak air mengalir
menerusi tanah, semakin banyak tanah kehilangan air di dalam tanah
Bahan
dan Alatan:
Tanah
daripada 15 kumpulan batas, air suling dan gentian kaca, corong turas, bikar
Langkah-Langkah:
1. Sampel
tanah dikeringkan 2 hingga 3 hari.
2. Radas dipasang seperti dalam rajah.
Langkah keselamatan: Awas,gentian
kaca tidak boleh diambil dengan jari.
Susunan radas |
3. 50 ml air suling disediakan di dalam bikar 100 ml
4. 50 ml air suling dituangkan ke dalam
radas dalam masa yang sama oleh 15
kumpulan batas dan isi padu air yang
mengalir ke dalam bikar 250 ml diambil dalam masa
5 minit.
5. Keputusan dicatatkan ke dalam jadual
berikut:
Keputusan:
Kumpulan
|
Isi padu air selepas
5 minit / ml
|
PH Tanah
|
Pemerhatian
|
1
|
39.5
|
5.0
|
Loam
|
2
|
40.2
|
5.0
|
Sandy clay loam
|
3
|
39.5
|
4.8
|
Sandy loam
|
4
|
42.2
|
6.5
|
Sandy clay loam
|
5
|
40.0
|
5.3
|
Sandy loam
|
6
|
38.0
|
6.2
|
Sandy loam
|
7
|
39.0
|
5.2
|
Sandy loam
|
8
|
39.0
|
5.5
|
Sandy loam
|
9
|
39.0
|
5.8
|
Sandy loam
|
10
|
34.0
|
5.2
|
Sandy loam
|
11
|
40.0
|
5.2
|
Sandy clay loam
|
12
|
36.0
|
5.2
|
Sandy loam
|
13
|
42.5
|
5.2
|
Clay
|
14
|
39.0
|
4.8
|
Sandy loam
|
15
|
43.0
|
4.4
|
Sandy loam
|
Mengambil kira isi padu air dalam masa 5 minit |
Menggunakan PH meter untuk mengetahui PH tanah |
Kesimpulannya, tanah berpasir membenarkan air
mengalir dengan cepat, sementara air lambat mengalir keluar
menerusi tanah liat. Tanah
loam pula mempunyai ciri antara pasir dengan tanah liat.
Penilaian yang didapati kertas turas tidak sesuai
digunakan sebagai bahan penahan kumin tanah
di dalam corong turas kerana liangnya terlalu halus dan akan menyekat aliran air dari sampel tanah. Sampel tanah berpasir membenarkan air
mengalir dengan cepat. Tanah liat membenarkan air mengalir
paling lambat. Tanah loam mempunyai saliran paling baik
kerana mempunyai ciri antara pasir dengan tanah liat.
Kami akan memilih tanah loam sebagai tanah tanaman kerana ia mempunyai ciri antara pasir yang membenarkan air mengalir dengan baik terus ke dalam tanah, manakala
tanah liat bersifat keras yang mampu menampung air. Kesimpulannya,
tanah loam mempunyai mengandungi air yang ideal untuk tanaman.
Comments
Post a Comment