MINGGU 1 : MEMBAIK PULIH TANAH
Selamat datang ke Ladang Life, ini adalah pertama kali untuk buat blog. Tujuan utama blog ini dibuat adalah sebagai laporan amali kami di ladang dalam subjek SPPL 1212 (Propagation & Plant Management).
Dari kiri, Nur Ain Binti Md Lukmanul Hakim, Nur Ainiza Binti
Johari, Nur Aisyah Binti Junaidun dan Nur Amirah Adibah Binti Norashikin.
Kami merupakan pelajar tahun 1 ijazah sarjana
muda teknologi serta pendidikan (kemahiran hidup) UTM JohorBerikut merupakan peralatan yang digunakan untuk proses membaik pulih tanah :
Cangkul |
Pongkes |
Pita Ukur |
Tali Rafia |
Pisau |
Sebelum memulakan aktiviti membaik pulih tanah, kami diberi
penerangan dan tunjuk ajar oleh Dr Husna binti Abd Wahid dan Puan Salina supaya
proses membaik pulih tanah berjalan dengan lancar.
Proses-proses
membaik pulih tanah :
1. Pada
awalnya, kami diberikan tanah dengan keluasan 5 kaki lebar dan 10 kaki panjang
untuk dua orang pelajar bagi setiap
tanah. Jarak antara batas kiri dan kanan adalah 1 kaki manakala jarak antara
batas atas dan bawah ialah 2 kaki
2. Kami menggunakan pita ukur, tali rafia dan pisau untuk mengukur keluasan tanah
tersebut.
3-
Selesai mengukur, proses merumpai dijalankan menggunakan cangkul dan pongkes.
4. Kami menggunakan cangkul untuk mengembur tanah. Selain itu, kami juga boleh
menggunakan ‘’mini traktor’’ untuk aktiviti mengembur tanah.
Peraturan di ladang :
- Pelajar perlu mengenakan pakaian yang bersesuaian dan sopan.
- Selepas menggunakan peralatan, pelajar perlu menyimpan semula peralatan di tempat asal.
- Peralatan perlu digunakan dengan kaedah yang betul supaya tidak mencederakan diri sendiri atau orang lain.
Comments
Post a Comment