MINGGU 5: PERCAMBAHAN BIJI BENIH



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada minggu ini kami membuat eksperimen tentang percambahan pada biji benih. Objektif kali ini untuk mengetahui percambahan biji benih antara Monokotiledon dan Dikotiledon. Untuk Monokotiledon kami menggunakan biji benih kacang merah manakala Dikotiledon menggunakan jagung yang telah dikeringkan dan diletakkan racun supaya tidak serang oleh serangga seperti semut kerana sifatnya yang manis.

Tiga jenis eksperimen telah dijalankan antaranya ialah keperluan percambahan, mengkaji keadaan yang diperlukan bagi percambahan biji benih dan akhir sekali eksperiman percambahan Epigeal dan Hipogeal.

A. KEPERLUAN PERCAMBAHAN 

Bahan dan alatan yang diperlukan adalah seperti bekas plastik, kapas, biji benih (kami menggunakan biji kacang merah), air paip dan air yang dididih dan disejukkan.

Kaedah:

Pertama sekali, 8 bekas plastik disediakan dan diletakkan kapas sebagai medium. Selepas itu, 10 biji kacang diletakkan pada setiap bekas seperti dalam rajah di bawah.


8 bekas disediakan untuk dibahagikan kepada 2 set eksperimen:

Set Pertama
Keadaan untuk percambahan
Label radas
Rawatan
Cahaya
A1
Diletak di atas meja dan dilembapkan
Air
B1
Dilembapkan dengan air seperti biasa
Oksigen
C1
Dilembapkan di dalam air yang yang telah didihkan dan dibiarkan sejuk. Diletakkan di atas meja
Suhu
D1
Disimpan di dalam peti sejuk selepas dilembapkan.

Set Kedua
Keadaan untuk percambahan
Label radas
Rawatan
Cahaya
A2
Disimpan di dalam laci selepas dilembapkan
Air
B2
Dibiarkan kering selepas dilembapkan
Oksigen
C2
Dilembapkan seperti biasa dan diletakkan di atas meja
Suhu
D2
Diletakkan di atas meja pada suhu bilik selepas dilembapkan


Semua radas disiram atau direnjis dengan air paip kecuali radas B2. Manakala pada radas C1 dan C2 menggunakan air yang telah dididihkan dan disejukkan. Radas juga diletakkan di tempat yang berbeza untuk melihat kehadiran cahaya, oksigen dan juga suhu.


Percambahan benih akan diperhatikan setiap hari selama seminggu dan hasilnya perlu dicatatkan seperti dalam jadual berikut: 

Bilangan biji benih yang bercambah
Set 1
Set 2
A1
6 biji
A2
5 biji
B1
7 biji
B2
0 biji
C1
5 biji
C2
7 biji
D1
0 biji
D2
6 biji

Mengapa air perlu dididihkan dan disejukkan pada radas C1 dan C2? Kerana untuk menghilangkan kandungan kimia yang tidak baik dan pebebasan gas. Pada eksperimen ini juga kita dapat lihat faktor yang menyebabkan biji benih tidak bercambah adalah kerana ketiadaan cahaya, air, udara dan suhu yang sesuai.

Kesimpulannya, percambahan biji benih memerlukan kehadiran air, cahaya, udara dan juga suhu yang sesuai.


B. MENGKAJI KEADAAN YANG DIPERLUKAN BAGI PERCAMBAHAN BIJI BENIH

Pada eksperimen ini, bahan dan alatan yang diperlukan adalah 5 unit tabung uji dan rak, biji benih (kacang merah), kapas, minyak masak, air didih yang telah disejukkan dan penitis minyak.

Kaedah:


Keadaan untuk percambahan
Label radas
Rawatan
Air, udara dan suhu
A
Kapas basah dan 3 biji benih. Diletakkan di atas meja.
Air
B
Kapas kering dan 3 biji benih. Diletakkan di atas meja.
Udara
C
Masukkan separuh air yang telah didihkan dan disejukkan pada tabung uji, 3 biji benih dan lapisan minyak. Diletakkan di atas meja.
Suhu
D
Kapas basah dan 3 biji benih. Disimpan di dalam peti sejuk.
Cahaya
E
Kapas basah dan 3 biji benih. Disimpan di tempat gelap.
Lima tabung uji disediakan dan dilabel A,B,C,D dan E dengan kandungan seperti dalam jadual diatas. Tabung uji A, B dan C diletakkan dalam makmal manakala tabung uji D diletakkan dalam peti sejuk. 


Selama seminggu biji benih diperhatikan dan direkodkan:

Tabung uji
Kehadiran
Pemerhatian percambahan biji benih (bercambah / tidak bercambah)
Air
Cahaya
Udara
Suhu yang sesuai
A
/
/
/
/
Bercambah
B
X
/
/
/
Tidak bercambah
C
/
/
X
/
Tidak bercambah
D
/
X
X
X
Tidak bercambah
E
/
X
/
/
Bercambah

Pada keputusan eksperiman tersebut kita dapat lihat yang tabung uji B, C dan D tidak bercambah kerana tiada kehadiran air, udara dan suhu yang sesuai. Disini juga kita dapat lihat yang percambahan biji benih tidak memerlukan cahayaMinyak masak digunakan dalam tabung uji C adalah untuk menguji kehadiran udara pada biji benih. 

Pemboleh ubah yang boleh dimanipulasikan ialah keadaan tabung uji dan kehadiran air, udara, cahaya dan suhu. Yang boleh dimalarkan pula ialah jenis dan bilangan biji benih. Yang bergerak balas ialah percambahan biji benih.

Kesimpulannya, biji benih memerlukan air, udara (oksigen) dan suhu yang sesuai untuk bercambah. Manakala cahaya tidak diperlukan untuk percambahan biji benih.


C. PERCAMBAHAN EPIGEAL DAN HIPOGEAL

Alatan dan bahan yang diperlukan ialah bekas plastik, biji benih (kacang merah) dan jagung dan juga peat moss.

Kaedah:

  1. Dua atau tiga sudu peat moss dimasukkan ke dalam bekas plastik A ditandakan untuk benih kacang manakala benih jagung ditandakan B.
  2. Dua biji benih kacang dan jagung pada setiap bekas yang ditandakan.
  3. Biji benih direnjiskan dengan air setiap hari.
  4. Benih dipantau percambahannya dan setiap hari bacaan diambil.
  5. Gambar percambahan biji benih selepas seminggu.
Biji benih epigeal dan hipogeal

Biji benih kacang yang telah bercambah (Epigeal)

Biji jagung yang bercambah (Hipogeal)


Perbezaan diantara pertumbuhan Epigeal dan Hipogeal

Epigeal
Hipogeal
Radikel yang muncul pada pertama kali akan membentuk hipokotil
Radikel yang muncul akan mengembang membentuk perakaran
Kotiledon muncul di permukaan tanah dan akan membentuk daun pertama diduduki perkembangan plumala
Kotiledon bagi hipogeal masih berada didalam tanah
Plumula adalah bahagian yang terakhir berkembang iaitu setelah muncul pada permukaan
Epikotil yang akan memanjang bersama plumula sampai muncul dipermukaan tanah


Struktur biji benih





Comments

Popular posts from this blog

MINGGU KE 8: PEMBIAKAN SECARA CANTUMAN (KAEDAH CANTUMAN BAJI)

MINGGU 7 : KAEDAH PEMBIAKAN TUT

PROSES FISIOLOGI TUMBUHAN