Posts

Showing posts from September, 2018

MINGGU 3 : UJIKAJI TERHADAP TANAH

Image
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, sudah masuk minggu ke-3 dalam subjek pembiakan dan pengurusan tanaman. Dari minggu pertama dan kedua kami di ladang mempelajari cara membaik pulih tanah, membaja dan menyemai benih. Fokus pada minggu ini kami memasuki makmal untuk mengkaji tanah kami untuk mengehtahui peratus kesesuaiaan tanah untuk benih kami. Sebelum memulakan kelas kami dimakmal dan bereksperimen, kami diberi taklimat terlebih dahulu tentang susun atur barang atau radas di makmal dan peraturan di makmal. Pemakaian yang sepatutnya di makmal perli memakai baju lab (putih) atau apron untuk mengelakkan baju kotor dan terkena bahan kimia. Kebanyakkan peralatan atau radas di makmal adalah kaca, maka perlu menggunakan dengan berhati-hati.  Tanpa membuang masa, tiga eksperimen dijalankan bagi mengkaji jenis tanah kami. Kami memulakan eksperimen kami dengan menetukan tekstur tanah melalui cara mendapan. Hal ini  kerana eksperimen ini memerlukan masa yang pa

MINGGU 2: MEMBAJA DAN MENYEMAI BENIH

Image
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, pada minggu ke-2 kali ini kami diladang mempelajari cara membaja dan meyemai benih setelah membaik pulih tanah batas umtuk tanaman kami pada minggu lepas. Sebelum memulakan kerja di ladang, Puan Salina telah mengarahkan semua pelajar berkumpul untuk memberikan sedikit penerangan mengenai tugas yang bakal dilaksanakan. Pelajar diberikan penerangan mengenai penggunaan baja oleh Puan Salina. Antara baja yang digunakan untuk tanaman sayuran ialah baja organik. Baja organik E.M Menurut Puan Salina, baja organik amatlah penting kerana baja organik merupakan baja asli yang terdiri daripada sisa tumbuhan atau najis haiwan yang dapat membantu meningkatkan tahap kesuburan tanah dan seterusnya dapat membaiki tekstur tanah daripada rosak. Apabila batas yang telah diletak baja organik dan terkena hujan, bajanya masih ada di tanah tetapi baja kimia akan larut apabila terkena air hujan dan perlu diletak selalu. Selepas diberikan penerangan m

MINGGU 1 : MEMBAIK PULIH TANAH

Image
Selamat datang ke  Ladang Life , ini adalah pertama kali untuk buat blog. Tujuan utama blog ini dibuat adalah sebagai laporan amali kami di ladang  dalam subjek SPPL 1212 (Propagation & Plant Management). Dari kiri, Nur Ain Binti Md Lukmanul Hakim, Nur Ainiza Binti Johari, Nur Aisyah Binti Junaidun dan Nur Amirah Adibah Binti Norashikin. Kami merupakan pelajar tahun 1 ijazah sarjana muda teknologi serta pendidikan (kemahiran hidup) UTM Johor