Posts

Showing posts from 2018

MINGGU KE 11

Image
 PENJUALAN HASIL TANAMAN (SAYUR) Pada minggu tersebut pelajar tahun 4 dan tahun 1 telah berkumpul bersama -sama untuk mengutip hasil sayur yang telah ditanam. antara sayur -sayur tersebut ialah, bayam ,pakchoi,sawi bulat, sawi putih dan bayam merah. pengaggihan tugas dijalankan, antara tugas -tugas tersebut ialah menuai hasil tanaman, membasuh hasil tanaman bagi membuang tanah -tanah yang masih bersisa dia akar sayur, membungkus, menimbang dan menjual . berikut adalah hasil jualan kami.

MINGGU KE 10 : PROSES PENANAMAN JAGUNG

Image
PENANAMAN BIJI BENIH JAGUNG. Sebelum memulakan kelas kami diberikan gambaran awal tentang proses yang perlu dilakukan untuk menanam biji benih jagung ini. setiap batas diberi sebanyak 30 biji benih jagung.   seperti biasa langkah pertama yang perlu diambil peduli adalah struktur tanah. Kami perlu mengubahsuai batas kami atas sebab kami mengalami masalah rumpai pada penanaman sayur yang lepas. Pastikan tiada rumpai atau tumbuhan liar  serta sisa -sisa sayur yang lepas yang membiak di atas batas untuk mengelakkan berlakunya persaingan antara pokok jagung dengan rumpai. Untuk mengelakkan rumpai/tumbuhan liar membiak dengan banyak di atas batas, kita perlulah mencabut setiap pokok -pokok tersebut supaya ia tidak dapat membiak lagi. Untuk memudahkan kerja,  kami menggunakan alternatif lain iaitu dengan menggunakan racun rumpai supaya segala tumbuhan yang berada dia atas batas kami akan mati. setelah beberapa hari kami gemburkan tanah dan dicampurkan dengan baja organik. se

MINGGU KE 9

Image
PEMBIAKAN TAMPANG Pembiakan tampang ialah pembiakan yang menggunakan bahagian-bahagian vegetatif tumbuhan seperti akar, batang, daun untuk memperbanyakkan tumbuhan yang sama dengan induknya. Tumbuh-tumbuhan yang dihasilkan secara demikian dipanggil klon. Bahagian-bahagian vegetatif ini adalah paling istimewa oleh sebab tiap-tiap sel ini mewakili pokok keseluruhannya. Oleh itu, pokok yang dibiak 100 tahun dahulu adalah sama dengan yang dibiak sekarang. KAEDAH PEMBIAKAN TAMPANG * Boleh mendapat pokok yang seragam * Ciri-ciri anak pokok menyerupai induknya * Cepat berbunga atau berbuah * Boleh dibiakkan sepanjang tahun * Dapat dibiak dengan banyak dalam satu masa * Dapat digunakan untuk membiakkan tumbuhan yang tidak mengeluarkan biji benih bernas KEBURUKAN PEMBIAKAN TAMPANG * Tidak semua jenis tumbuhan dapat dibiak dengan cara ini * Pemindahan penyakit lebih mudah terutama penyakit virus * Setengah kaedah memerlukan kemahiran teknikal yang agak rumit JENIS-JENIS PEMBIAKA

MINGGU KE 8: PEMBIAKAN SECARA CANTUMAN (KAEDAH CANTUMAN BAJI)

Image
PEMBIAKAN SECARA CANTUMAN TERBAHAGI KEPADA 4 ; CANTUMAN BAJI CANTUMAN MATA TUNAS SANDINGAN CANTUMAN LIDAH CANTUMAN BAJI PENGENALAN: Cantuman baji merupakan proses untuk mencantum 2 bahagian pokok yang masih hidup dengan cara atau kaedah yang membolehkan bahagian -bahagian itu bersatu dan akhirnya berfungsi sebagai satu produk . LANGKAH KESELAMATAN: Gunakan pisau yang tajam dan bersih. jangan sentuh bahagian yang di potong berbentuk baji. lakukan cantuman dengan segera selepas baji dibentuk. Kejayaan sesuatu cantuman bergantung pada sel-sel kambium pokok penanti dan sion sama ada boleh bercantum ataupun tidak. lakukan pada waktu awal pagi atau lewat petang. KEPENTINGAN CANTUMAN BAJI Cantuman dilakukan untuk mendapatkan klon-klon baru yang lebih baik. Klon baru ini lebih baik dari segi ketahanan penyakit, tahan rendam air dan pengeluaran hasil yang tinggi .Cantuman juga dapat memperbaiki sistem dahan pokok-pokok dengan cara mencergaskan kembali dahan-dahan yan

PROSES FISIOLOGI TUMBUHAN

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera, cuti mid sem kalini kami diberi tugas untuk menghasilkan sebuah video berkaintan dengan tajuk Proses Fisiologi Tumbuhan secara individu. Antara proses fisiologi  tumbuhan adalah Fotosintesis, Transpirasi, Traslokasi, Respirasi dan Penyerapan. Dalam kumpulan blog kami ini seramai empat orang perlu memilih antara tajuk berikut untuk diajarkan konsep tersebut kepada tiga pilihan sama ada pilihan pertama iaitu kepada ahli keluarga seperti Ibu, Ayah, Adik dan lain-lain, pilihan kedua iaitu kepada rakan-rakan di kampung, jiran di kampung atau oran awam dan pilihan ketiga iaitu kepada rakan-rakan UTM yang dalam bidang lain. Setelah menerangkan dan mengajar meraka sehingga faham, mereka diminta untuk menerangkan semula konsep tersebut dan perlu merakam penerangan mereka berdurasi 3 minit maksimum. Berikut merupakan video pendek Proses Fisiologi Tumbuhan: FOTOSINTESIS https://www.youtube.com/watch?v=MkyrrYwYKgk TRANSPIRASI

MINGGU 7 : KAEDAH PEMBIAKAN TUT

Image
MAKSUD KAEDAH PEMBIAKAN TUT * Salah satu daripada kaedah pembiakan tampang di mana sebahagian daripada bahagian tumbuhan itu digunakan sebagai asa untuk pembiakan. ALATAN PEMBIAKAN TUT PISAU LIPAT SCATTEURS PLASTIK TALI RAFIA HORMON PENGAKARAN /SARADIX @ MEDIA TANAMAN TANAH @ JIFFY KAEDAH PEMBIAKAN TUT  Sediakan media tanaman , jika menggunakan tanah perkadaran tanah dengan baja organik adala 1:1  Kepalkan tanah dalam bentuk bulatan sebesar genggaman ibu jari. Lakukan  pemilihan dahan yang sihat. Buatkan dua kelaran keliling .kelaran pertama dibuat dibawah mata tunas dan kelaran kedua dibuat kira -kira 3 cm dari kelaran pertama. 5.Kulit pokok diantara dua kelaran dikuous dan kikis bahagian tersebut untuk membuang     kambium.         6..Hormon penggalak akar disapu di bahagian kelaran yang pertama.         7.Ikatkan kelaran plastik dibahagia kelaran yang kedua.          8.Isikan medium tanah yang te

MINGGU 6 : PENGHASILAN BAJA DAN RACUN SERANGGA

Image
MINGGU KE 6 PENGHASILAN RACUN DAN BAJA ORGANIK Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada minggu ini kami telah membuat aktiviti membuat baja dan racun menggunakan bahan dari sisa-sisa makanan. Tujuan kami membuat baja dan racun dari bahan-bahan organic adalah untuk mengelakkan pencemaran air dan juga mengelakkan daripada kesuburan tanah terjejas. Kami telah menghasilkan 4 jenis baja organik iaitu Fish Amino Acid (FAA), Fermented Plan Juice (FPJ), Femented Fruit Juice (FFJ) dan Kulit Telur (CaP) dan juga 1 racun organik. BAJA FAA Bahan-bahan menghasilkan FAA 1.       Gula merah (1kg) (dicairkan dengan 2000ml air) 2.       Isi ikan atau sisa ikan 3.       Landas cincang 4.       Pisau 5.       Mangkuk/besen 6.       Mangkuk/cawan penyukat Cara –cara membuatnya 1.       Sisa atau isi ikan dipotong kecil bagi mempercepatkan proses fermentasi 2.       Campurkan gula merah pada kadar nisbah 1:1 3.       Masukkan ke dalam bekas dan labelkan tarikh d