MINGGU KE 10 : PROSES PENANAMAN JAGUNG

PENANAMAN BIJI BENIH JAGUNG.

Sebelum memulakan kelas kami diberikan gambaran awal tentang proses yang perlu dilakukan untuk menanam biji benih jagung ini. setiap batas diberi sebanyak 30 biji benih jagung. 



Image result for BIJI BENIH JAGUNG


seperti biasa langkah pertama yang perlu diambil peduli adalah struktur tanah. Kami perlu mengubahsuai batas kami atas sebab kami mengalami masalah rumpai pada penanaman sayur yang lepas. Pastikan tiada rumpai atau tumbuhan liar  serta sisa -sisa sayur yang lepas yang membiak di atas batas untuk mengelakkan berlakunya persaingan antara pokok jagung dengan rumpai.


Untuk mengelakkan rumpai/tumbuhan liar membiak dengan banyak di atas batas, kita perlulah mencabut setiap pokok -pokok tersebut supaya ia tidak dapat membiak lagi. Untuk memudahkan kerja,  kami menggunakan alternatif lain iaitu dengan menggunakan racun rumpai supaya segala tumbuhan yang berada dia atas batas kami akan mati. setelah beberapa hari kami gemburkan tanah dan dicampurkan dengan baja organik.

selang beberapa hari , sebelum menanam biji benih jagung. biji benih tersebut perlu direndam terlebih dahulu bagi memudahkan proses penumbuhan .apabila biji benih direndam semalaman ia menyebabkan kulit biji benih tersebut menjadi lembut.


Image result for rendaman  jagung

setiap batas diwujudkan 3 alur padanya. dengan bilangan 10 biji benih jagung pada 1 alur. setelah menanam biji benih jagung, kita perlulah menyiram batas tersebut supaya ia mendapatkan bekalan air yang mencukupi untuk proses pertumbuhan tersebut.sebaik-baiknya proses penyiraman dilakukan pada waktu pagi dan petang. kemudian ,batas tersebut perlulah disungkup dengan jaring hitam untuk mengelakkan daripada cahaya terus kepada biji benih sehingga boleh menyebabkan pertumbuhan biji benih terbantut.




setelah beberapa minggu,

kami pergi kekebun untuk melihat hasil pertumbuhan biji benih jagung. namun apa yang menghampakan ialah tiada satu pun diantara biji benih jagung yang tumbuh. apa yang saya dapat dari kesimpulan tersebut adalah faktor cuaca. kerana, pada minggu tersebut, pada setiap hari pasti ada sahaja hujan yang menyebabkan biji benih lemas.


Comments

Popular posts from this blog

MINGGU KE 8: PEMBIAKAN SECARA CANTUMAN (KAEDAH CANTUMAN BAJI)

MINGGU 7 : KAEDAH PEMBIAKAN TUT

PROSES FISIOLOGI TUMBUHAN