MINGGU 6 : PENGHASILAN BAJA DAN RACUN SERANGGA
MINGGU KE 6 PENGHASILAN RACUN DAN BAJA ORGANIK Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada minggu ini kami telah membuat aktiviti membuat baja dan racun menggunakan bahan dari sisa-sisa makanan. Tujuan kami membuat baja dan racun dari bahan-bahan organic adalah untuk mengelakkan pencemaran air dan juga mengelakkan daripada kesuburan tanah terjejas. Kami telah menghasilkan 4 jenis baja organik iaitu Fish Amino Acid (FAA), Fermented Plan Juice (FPJ), Femented Fruit Juice (FFJ) dan Kulit Telur (CaP) dan juga 1 racun organik. BAJA FAA Bahan-bahan menghasilkan FAA 1. Gula merah (1kg) (dicairkan dengan 2000ml air) 2. Isi ikan atau sisa ikan 3. Landas cincang 4. Pisau 5. Mangkuk/besen 6. Mangkuk/cawan penyukat Cara –cara membuatnya 1. Sisa atau isi ikan dipotong kecil bagi mempercepatkan proses fermentasi 2. Campurkan gula merah pada kadar nisbah 1:1 3. Masukkan ke dalam bekas dan labelkan tarikh d