Posts

Showing posts from December, 2018

MINGGU KE 11

Image
 PENJUALAN HASIL TANAMAN (SAYUR) Pada minggu tersebut pelajar tahun 4 dan tahun 1 telah berkumpul bersama -sama untuk mengutip hasil sayur yang telah ditanam. antara sayur -sayur tersebut ialah, bayam ,pakchoi,sawi bulat, sawi putih dan bayam merah. pengaggihan tugas dijalankan, antara tugas -tugas tersebut ialah menuai hasil tanaman, membasuh hasil tanaman bagi membuang tanah -tanah yang masih bersisa dia akar sayur, membungkus, menimbang dan menjual . berikut adalah hasil jualan kami.

MINGGU KE 10 : PROSES PENANAMAN JAGUNG

Image
PENANAMAN BIJI BENIH JAGUNG. Sebelum memulakan kelas kami diberikan gambaran awal tentang proses yang perlu dilakukan untuk menanam biji benih jagung ini. setiap batas diberi sebanyak 30 biji benih jagung.   seperti biasa langkah pertama yang perlu diambil peduli adalah struktur tanah. Kami perlu mengubahsuai batas kami atas sebab kami mengalami masalah rumpai pada penanaman sayur yang lepas. Pastikan tiada rumpai atau tumbuhan liar  serta sisa -sisa sayur yang lepas yang membiak di atas batas untuk mengelakkan berlakunya persaingan antara pokok jagung dengan rumpai. Untuk mengelakkan rumpai/tumbuhan liar membiak dengan banyak di atas batas, kita perlulah mencabut setiap pokok -pokok tersebut supaya ia tidak dapat membiak lagi. Untuk memudahkan kerja,  kami menggunakan alternatif lain iaitu dengan menggunakan racun rumpai supaya segala tumbuhan yang berada dia atas batas kami akan mati. setelah beberapa hari kami gemburkan tanah dan dicampurkan dengan baja organik. se

MINGGU KE 9

Image
PEMBIAKAN TAMPANG Pembiakan tampang ialah pembiakan yang menggunakan bahagian-bahagian vegetatif tumbuhan seperti akar, batang, daun untuk memperbanyakkan tumbuhan yang sama dengan induknya. Tumbuh-tumbuhan yang dihasilkan secara demikian dipanggil klon. Bahagian-bahagian vegetatif ini adalah paling istimewa oleh sebab tiap-tiap sel ini mewakili pokok keseluruhannya. Oleh itu, pokok yang dibiak 100 tahun dahulu adalah sama dengan yang dibiak sekarang. KAEDAH PEMBIAKAN TAMPANG * Boleh mendapat pokok yang seragam * Ciri-ciri anak pokok menyerupai induknya * Cepat berbunga atau berbuah * Boleh dibiakkan sepanjang tahun * Dapat dibiak dengan banyak dalam satu masa * Dapat digunakan untuk membiakkan tumbuhan yang tidak mengeluarkan biji benih bernas KEBURUKAN PEMBIAKAN TAMPANG * Tidak semua jenis tumbuhan dapat dibiak dengan cara ini * Pemindahan penyakit lebih mudah terutama penyakit virus * Setengah kaedah memerlukan kemahiran teknikal yang agak rumit JENIS-JENIS PEMBIAKA

MINGGU KE 8: PEMBIAKAN SECARA CANTUMAN (KAEDAH CANTUMAN BAJI)

Image
PEMBIAKAN SECARA CANTUMAN TERBAHAGI KEPADA 4 ; CANTUMAN BAJI CANTUMAN MATA TUNAS SANDINGAN CANTUMAN LIDAH CANTUMAN BAJI PENGENALAN: Cantuman baji merupakan proses untuk mencantum 2 bahagian pokok yang masih hidup dengan cara atau kaedah yang membolehkan bahagian -bahagian itu bersatu dan akhirnya berfungsi sebagai satu produk . LANGKAH KESELAMATAN: Gunakan pisau yang tajam dan bersih. jangan sentuh bahagian yang di potong berbentuk baji. lakukan cantuman dengan segera selepas baji dibentuk. Kejayaan sesuatu cantuman bergantung pada sel-sel kambium pokok penanti dan sion sama ada boleh bercantum ataupun tidak. lakukan pada waktu awal pagi atau lewat petang. KEPENTINGAN CANTUMAN BAJI Cantuman dilakukan untuk mendapatkan klon-klon baru yang lebih baik. Klon baru ini lebih baik dari segi ketahanan penyakit, tahan rendam air dan pengeluaran hasil yang tinggi .Cantuman juga dapat memperbaiki sistem dahan pokok-pokok dengan cara mencergaskan kembali dahan-dahan yan